Wednesday, November 10, 2010

Identiti warna pada ruang

MERAH   : Kebiasaannya menampilkan ilusi tenaga, aktif, semangat dan kehangatan
KUNING : Menggambarkan tenaga yg baik dan semangat seperti Matahari. Juga melambangkan  
                   kemakmuran dan kemewahan.
OREN      : Memberi kesan ceria, hangat, bahagia, bertenaga dan membagkitkan semangat
PUTIH     : Warna natural yg sesuai dgn pelbagai pilihan warna. Ia melambangkan kebersihan, natural dan
                   murni. Bagi ruangan dapur ia akan menampilkan kesan dingin dan selesa.
KELABU : Sesuai bg yg gemarkan dapur gaya moden. Ia dpt menampilkan suasana stabil, luas dan
                   tenteram. Namun jika keterlaluan boleh membuatkan ruang menjadi dingin dan ilusi luas yg
                   berlebihan.
HIJAU      : Memberi suasana yg harmoni, teduh, santai dan natural.
BIRU        : Identitinya spt langit biru atau laut yg membiru. Justeru, ia menggambarkan ketenangan, perasaan
                   damai dan nyaman.

Saturday, June 12, 2010

Moden dan elegan

Ramai yang inginkan dapur yang moden dan elegan. Namun, apa yang perlu dipastikan bukan setakat cantik dan menarik tetapi kualiti serta ketahanannya. Dapatkan nasihat serta pandangan terlebih dahulu.

Ruang dapur yang sempit?

Dapur antara ruang yang amat dititkberatkan agar fungsi dan kepentingannya dapat dimaksimumkan. Walaupun mempunyai keluasan dapur yang terhad, anda masih boleh memiliki dapur yang menawan dan selesa. Pemilihan tema dan warna amat penting bagi memberi keselesaan kepada pemiliknya.